
PUTRAJAYA 2 Sept - Kejohanan Bola Jaring Yayasan Sukan Dan Kecergasan Wanita Malaysia 2013 (WSFFM Netball Champion 2013) akan berlangsung selama tiga hari di Universiti Malaya Kuala Lumpur bermula 13 hingga 15 September ini.Acara kejohanan yang julung kali dianjurkan oleh Yayasan Sukan Dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM) menawarkan hadiah sebanyak RM28,000,00 dan juga merupakan inisiatif sulung daripada WSFFM yang sentiasa memperjuangkan sukan dan rereasi wanita sebagai agenda nasional sejak ditubuhkan pada tahun 1995.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kejohanan bola jaring yang bakal berlangsung itu apat meningkatkan penyertaan wanita dalam menjalani gaya kehidupan yang sihat selain membantu meningkatkan mutu permainan bola jaring negara di samping mewujudkan hubungan positif antara para peserta."Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa menekankan aspek sukan untuk semua dan pendekatan sukan untuk semua itu kita lihat kepada usaha untuk memastikan sukan dapat menjadi satu agenda penting untuk kita menjaga gaya hidup yang sihat."Rakyat Malaysia dibelenggu masalah kesihatan yang datangnya dari gaya hidup yang tidak sihat. Ia mungkin datangnya daripada cara pemilihan makanan yang kurang sihat dan kurang beriadah serta tekanan hidup," katanya ketika berucap sebelum merasmikan WSFFM Netball Champion 2013 di Bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.
Selain itu, Khairy turut mengalu-alukan usaha pelbagai pihak terutama Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyedarkan rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan yang sihat daripada dibelenggu masalah kesakitan."Bukan sahaja melalui pengganjuran bola jaring ini sebaliknya mesej daripada penganjuran sukan tersebut bahawa gaya hidup yang sihat mestilah kita amalkan setiap hari.. Gaya hidup yang sihat mestilah selalu dipraktikkan."Agenda kita "sukan untuk semua" melalui Jabatan Belia dan Sukan sebelum ia masuk ke Majlis Sukan Negara (MSN), kita memang beri penekanan kepada golongan wanita sebab kita percaya golongan wanita boleh menjadi contoh teladan yang baik kepada wanita-wanita yang lain," ujarnya.Bagi penganjuran kali ini, WSFFM menawarkan satu ketegori Vateran bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas yang membuktikan bahawa sukan dan riadah yang aktif seperti bola jaring tidak terhad kepada golongan muda sahaja.Pihak WSFFM juga mensasarkan 200 pasukan daripada 2,000 peserta akan bertanding untuk merebut gelaran juara dalam empat ketegori yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini.Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah Kategori Veteran (40 tahun ke atas), Kategori Terbuka Wanita (18 tahun katas), Kategori Bawah 18 Tahun, Kategori bawah 14 tahun dan Kategori bawah 11 Tahun.Kejohanan ini juga mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah Nestle Malaysia, Syarikat Faiza, F&N Malaysia, Molten, Asia Ton Machineries.Last Updated on Monday, 02 September 2013 19:19
No comments:
Post a Comment