Monday, September 2, 2013

Liverpool dan Arsenal Menang Tipis

alt

LONDON 2 Sept. - Pasukan Liverpool dan Arsenal masing-masing mencatat kemenangan tipis dengan keputusan 1-0 di gelanggang perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Kedua-dua pasukan handal itu  berjaya menewaskan pesaing terkuat  Manchester United dan Tottenham.

alt

Pemain antarabangsa England, Daniel Sturridge menyumbat gol seawal minit keempat menerusi tandukan jarak dekat dan kebetulan hari lahirnya yang ke-24 ketika Liverpool menundukkan United di Anfield sekali gus meletakkan skuad bimbangan Brendan Rodgers di tangga teratas dengan sembilan mata.

Dalam pada itu, penyerang Perancis, Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan ketika beraksi untuk Arsenal di Stadium Emirates menentang Tottenham yang membelanjakan kira-kira 100 juta pounds untuk membeli pemain tetapi belum menjaringkan gol setakat ini. - AP

Last Updated on Monday, 02 September 2013 08:31

View the original article here

No comments:

Post a Comment