Monday, September 2, 2013

Razlan Kesal Ada Pihak Guna Nama Kristal Kaut Untung

altMengaitkan nama kumpulan Kristal dan ahlinya dengan dengan sesuatu produk bagi mengaut keuntungan menyebabkan vokalis kumpulan itu, Razlan membuat laporan polis bagi menafikan sekerasnya tindakan biadap pihak tersebut.Razlan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof yang ditemui RakyatNews pada Majlis Rumah Terbuka Raya Trio menafikan sekerasnya bahawa beliau dan Kristal bekerjasama dengan syarikat Samsung bagi mendapatkan dana untuk anak-anak yatim."Pada mulanya, kami terkejut jugak sebab ada pihak yang menggunakan Kristal untuk jualan produk mereka sedangkan kami sendiri tidak pernah bekerjasama dengan syarikat Samsung."Tindakan 'biadap' pihak tersebut yang gunakan Kristal untuk mengaut keuntungan boleh menjatuhkan imej Kristal dan juga ahli kumpulan kami.Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis supaya tidak ada lagi orang yang tertipu," katanya.Pada majlis rumah terbuka tersebut, Lan bersama Siti Nordiana dan Syura meluangkan masa lebih kurang empat jam melayan tetamu dan peminat yang hadir  di Restoren Makan Stesen di Wangsa Maju.altTurut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah pelakon Yatt Hamzah, Sharifah Shahora serta penyanyi dangdut, Ani Mayuni.Razlan pernah membuat kenyataan di dalam lama Facebooknya menafikan Kristal bekerjasama dengan Samsung untuk mengutip dana bagi anak-anak yatim." Astaghfirullahalazim.. Manusia mane yg BIADAP sgt sampai sanggup gunakan nama kami utk kaut untung.. Mula2 nama rodi.. Pastu aku.. Skrg nak bkait2 dgn nama KRiSTAL dgn produk samsung.. Siap ckp kami perlukan dana utk tolong anak2 yatim bagai.. Ape ni..? Bertanggungjawab skit la der!!! & UTK PENGETAHUAN SEMUA.. KAMI DI SINI NAK TEGASKAN BAHAWA KAMI TIADA KAITAN LANGSUNG DGN SEMUA INI.. LAPORAN POLIS PON TELAH DIBUAT.. HARAP MAKLUM.."Sebelum ini,Rodi yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kristal, turut membuat laporan polis berhubung perkara yang sama.Last Updated on Monday, 02 September 2013 04:14

View the original article here

No comments:

Post a Comment