
KUALA LUMPUR 16 Sept- Kementerian Pendidikan sudah merangka dan memulakan pelbagai program untuk mepertingkatkan usaha para pelajar serta guru untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebaga mata pelajaran wajib lulus bermula 2016.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau optimis Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini boleh dicapai malah pada masa ini pun, jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.
“Dalam tempoh tiga tahun ini sebelum syarat itu dilaksanakan ia memberi peluang kepada pelajar dan warga pendidik untuk meningkatkan tahap penguasaan", katanya
Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kerajaan akan berusaha untuk menambah masa dalam kelas agar pendedahan murid dalam Bahasa Inggeris akan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment