
KOTA BHARU 2 Sept - Petisyen membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi DUN Gaal akan diputuskan Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu, Khamis ini.
Keputusan tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim bagi mendengar hujahan bertulis untuk bantahan awal kedua yang difailkan oleh PAS terhadap petisyen yang difailkan tersebut.
Perbicaraan yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguh selepas PAS mengemukakan bantahan awal buat kali kedua yang membolehkan respondan pertama, ADUN Gaal, Tuan mazlan Tuan Mat dari PAS dibenarkan memfailkan hujahan bertulis terhadap bantahan tersebut.
PAS yang diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan bantahan awal kedua ekoran timbul beberapa isu yang mendakwa berlaku kecacatan dalam pelantikan peguam dan penyerahan petisyen yang tidak mengikut prosedur.
Mahkamah kemudiannya menetapkan esok bagi tiga lagi respondan iaitu calon BN Redzuan Stapha (pempetisyen), pegawai Pegurus Pilihan Raya (respondan kedua) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (respondan ketiga) untuk membalas hujahan bertulis tersebut.
BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor manakala respondan kedua dan ketiga diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.
Pada PRU13 lalu, Tuan Mazlan menewaskan Redzuan dengan majoriti 302 undi.
Last Updated on Monday, 02 September 2013 14:29
No comments:
Post a Comment