Monday, September 2, 2013

Kadar Faedah Perlu Diberi Perhatian Pada Pembentangan Bajet 2014

alt

KUALA LLUMPUR 2 Sept - Kadar faedah terhadap pelaburan dan perbelanjaan perlu diberi perhatian dalam pembentangan bajet 2014 akan datang.

Pakar ekonomi dan bekas Ketua Pengarah lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Jalilah Baba berkata, menurut perspektif korporat, kadar faedah yang dikurangkan akan meningkatkan perbelanjaan sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah.

"Ramai pakar dalam sektor korporat mensasarkan kadar faedah akan naik dan Bank Negara akan merendahkannya bagi mengurangkan hutang dalam negara dan juga hutang isi rumah.

"Dalam konteks Malaysia, sekiranya negara mahu menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana berkembang maju, kita tidak boleh jadikan pinjaman itu mahal. Merendahkan kadar faedah dapat menggerakkan dana dalam institusi kewangan dan seterusnya dapat mengembangkan perniagaan, dan negara akan turut makmur," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Jalilah Baba ditemui pemberita pada Persidangan Wanita Korporat Antarabangsa 2013.

Tambah beliau, subsido yang dikeluarkan kerajaan di dalam beberapa sektor juga boleh dikurangkan secara berperingkat mengikut kekuatan pasaran seperti subsidi minyak yang telah begitu lama dilaksanakan bertahun-tahun dahulu.

"Ia seharusnya dilaksanakan sekiranya kita mahu lihat lebih banyak teknologi hijau dan mempunyai persekitaran yang lebih hijau," ujarnya.

Jelas beliau lagi, Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) juga perlu diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan akan datang dengan menitikberatkan sistem cukai yang lebih bersih sepertimana yang dilakukan dibeberapa negara asing.

"Sekiranya kita faham sistem itu, ia bermakna kita membayar cukai yang kurang kerana sistem yang ada sekarang ialah sistem berbilang di mana kita tidak lihat apa yang kita bayar, malah, kita sebenarnya membayar lebih dengan pengiraan berganda," kata Jalilah.

Menggunakan medium laman sesawang kerajaan, kata Jalilah, kerajaan boleh memberikan penjelasan yang lebih terperincin kepada pihak swasta mengenai pelaksanaan GST.

"Mengenai ringgit yang lemah, ia adalah kekuatan pasaran (yang menentukan nilai mata wang tempatan) seperti mana yang dikatakan oleh Gabenor Bank Negara dan sehinggalah kritikal, Bank Negara tidak akan campur tangan.

"Ini merupakan kitaran dan kita berharap ringgit akan mengukuh semula. Bagaimanapun ada baik dan buruknya jika ringgit tinggi,"  ujar beliau lagi


View the original article here

No comments:

Post a Comment