
HULU KLANG 2 Sept. - Satu kajian penilaian sedang dilakukan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan dengan lancar pada Pemilihan Umno pada tahun ini.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, kaedah baharu ini dilaksanakan setelah perlaksanaannya diluluskan menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini.
"Ini adalah kali pertama kaedah pemilihan yang dibuat menyeluruh di seluruh negara dalam kaedah pemilihan serentak diperingkat bahagian, peringkat majlis tertinggi dan seterusnya diperingkat sayap-sayap yang akan diadakan seminggu lebih awal.
"Ibu pejabat UMNO sedang menjalankan beberapa kajian untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi melancarkan perjalanan pemilihan." katanya pada majlis rumah terbukanya di kediamannya di sini malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jelas Rauf, kaedah simulasi akan dibuat dalam masa terdekat setelah mendapat smua keputusan teknikalnya.
"Jadi kaedah ini akan dijalankan dalam kaedah simulasi dalam masa terdekat setelah diputuskan dalam semua sudut teknikalnya.
"Saya yakin kaedah yang baru ini akan melihat satu peningkatan yang terbaik dalam memilih pemimpin diperingkat akar umbi," katanya.
Beliau menjelaskan, pihak jawatankuasa akan bersidang pada Khamis ini kemudian akan memanggil semua wakil-wakil dari seluruh negara untuk menjalankan kaedah simulasi yang akan dibuat di Pusat Latihan UMNO Janda Baik.
Tambahnya, setelah semuanya selesai dan medapat segala keputusan ibu pejabat akan mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan kaedah baru ini.
Pemilihan Majlis Tertinggi bakal berlangsung pada 5 Oktober depan diikuti Perhimpunan Agung Umno pada 2 hingga 7 Disember 2013.
Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September ini di Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Last Updated on Monday, 02 September 2013 08:11
No comments:
Post a Comment