Monday, September 16, 2013

Syabas Diminta Berunding Sebelum Pemasangan Paip Bermula

alt

KUALA SELANGOR 16 Sept- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diminta berunding serta berbincang terlebih dahulu dengan penduduk beberapa kampung yang tanah milik mereka terlibat dalam pemasangan paip.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau akan menghantar surat kepada Syabas mengenai perkara tersebut setelah menerima aduan daripada penduduk.

“ Saya amat tegas dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tindakan kontraktor Syabas yang dikatakan secara sesuka hati menjalankan kerja-kerja pemasangan saluran paip berkenaan tanpa berunding dengan penduduk.

Sebelum ini, kontraktor Syabas tidak memaklumkan kepada penduduk sebarang butiran projek berkenaan, mengikut syarat, penduduk perlu dimaklumkan secara bertulis sekurang-kurangnya sembilan hari sebelum kerja pemasangan saluran paip bermula.


View the original article here

Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris, Boleh Dicapai - Muhyiddin

alt

KUALA LUMPUR 16 Sept-  Kementerian Pendidikan sudah merangka dan memulakan pelbagai program untuk mepertingkatkan usaha para pelajar serta guru untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebaga mata pelajaran wajib lulus bermula 2016.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau optimis Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini boleh dicapai malah pada masa ini pun, jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.

“Dalam tempoh tiga tahun ini sebelum syarat itu dilaksanakan ia memberi peluang kepada pelajar dan warga pendidik untuk meningkatkan tahap penguasaan", katanya

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kerajaan akan berusaha untuk menambah masa dalam kelas agar pendedahan murid dalam Bahasa Inggeris akan lebih mendalam.


View the original article here

Lelaki Maut Setelah Ragut Beg Tangan Wanita

alt

Gambar Contoh

KUALA LUMPUR 16 Sept - Seorang peragut maut selepas dia dan rakannya meragut beg tangan seorang wanita di kawasan tempat letak kereta di Flat Taman Megah, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, Suspek meninggal selepas dibawa ke Hospital Kajang sementara rakannya berjaya melarikan diri bersama kereta mangsa.

"Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi apabila mereka yang menunggang motosikal meragut seorang wanita berumur 32 yang baharu pulang dari kerja.
"Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek dengan keretanya sejauh kira-kira 100 meter sehingga tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat di Taman Cheras Perdana," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, pembonceng motosikal itu pada masa sama bertindak membaling topi keledarnya ke arah mangsa membuatkan motosikal yang ditunggang rakannya hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia 30-an itu terjatuh dari motosikal mereka dan turut mengakibatkan tangan pemboncengnya tersepit pada tayar kereta mangsa.

"Tangannya berjaya dikeluarkan oleh mangsa dengan bantuan orang ramai. Namun kesempatan ini digunakan pula si pembonceng tadi untuk melarikan kereta mangsa yang enjinnya masih hidup serta meninggalkan rakannya serta beg tangan mangsa di situ," katanya.

Ab Rashid berkata, penunggang motosikal itu yang cedera dibawa ke Hospital Kajang tetapi meninggal di hospital.

Tambahnya, suspek yang mati mempunyai tiga rekod jenayah sementara suspek yang melarikan diri itu sedang diburu.


View the original article here

Monday, September 2, 2013

Mesir bakal Ubah Perlembagaan

alt

KAHERAH 2 Sept. - Pemangku Presiden Mesir, Adly Mansour mengumumkan senarai 50 ahli panel untuk mengkaji semula perlembagaan tetapi tanpa wakil Ikhwanul Muslimin yang enggan mengambil bahagian.

Jurucakap Mansour, Ehab al-Badaoui berkata, nama 50 ahli panel itu diumumkan pada sidang akhbar di Kaherah.

Draf perlembagaan ketika di bawah pemerintahan Morsi diluluskan pada Disember 2012 oleh perwakilan seramai 33 peratus.

alt

Sementara itu, tentera Mesir telah merobohkan 13 buah rumah di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza bertujuan untuk membina zon penampan bagi mengurangkan penyeludupan senjata dan kemasukan anggota militan secara haram .

Pegawai Kerajaan Sinai Utara berkata, tentera membayangkan kewujudan zon penampan tanpa sebarang pokok sejauh 500 meter lebar dan 10 kilometer panjang bermula di sempadan Rafah.

Tambahnya, pihak tentera turut merobohkan rumah-rumah yang mempunya terowong bawah tanah sejak 10 hari lalu dalam usaha melaksanakan idea tersebut. Foto - AFP

Last Updated on Monday, 02 September 2013 09:21

View the original article here

Pemuda Pas Musykil Anwar Ingin Jumpa Najib

altKUALA LUMPUR 2 Sept - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai masalah negara dilihat sebagai sesuatu yang 'musykil'.Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, walaupun tindakan Ketua Pembangkang itu sebagai cadangan yang baik namun ia tetap dipandang musykil kerana beliau begitu beriya-iya."Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama."Namun begitu, Pemuda PAS merasa musykil mengapa Datuk Seri Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan," katanya.Sebelum ini, Raja Ahmad, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa kepimpinan tertingi parti yang lain pernah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun mendapat kritikan.Jumaat lalu, Anwar menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan bersama Najib bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya.Sehubungan itu, Raja Ahmad mengingatkan Anwar supaya berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik musuh."Kami (dewan) bimbang jika terperangkap dengan politik "golongan berkepentingan"," katanya.

View the original article here

Korea Selatan Kekal Juara Piala Asia 2013

alt

KUALA LUMPUR 2 Sept - Korea Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan hoki Piala Asia 2013 dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas India pada final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh malam tadi.

Selaku juara benua, Korea Selatan secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Sebelum perlawanan ini, Korea Selatan sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebagai status pasukan simpanan pertama.

Korea Selatan dan India masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam pada separuh akhir Kejohanan Liga Dunia tahun ini.

India pula menjadi pasukan simpanan keempat selepas Sepanyol di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga dalam senarai simpanan.

Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan yang sudah pun tersenarai dalam Piala Dunia 2014 tetapi memenangi kejohanan benua, maka slot tersebut akan diisi oleh pasukan simpanan.

Maka India, selaku pasukan simpanan keempat, sudah pasti beraksi pada Piala Dunia 2014 dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.

Pada pertemuan sengit itu, Kang Moon Kweon menafikan India laluan automatik ke Piala Dunia 2014 apabila menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-68.

Biarpun sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebelum turun ke final, namun Korea Selatan enggan memberi peluang sebaliknya menampilkan gerakan rancak untuk mendahului 2-0 pada separuh masa.

Jang Jong Hyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan seminit kemudian You Hyo Sik menambah jaringan menerusi gol padang.

India, yang terdesak untuk merangkul kejuaraan, bangkit pada babak kedua perlawanan dengan Rupinder Pal Singh merapatkan jurang jaringan pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti.

India kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol padang yang dijaringan oleh Nikkin Thimmaiah pada minit ke-55.

Selang dua minit kemudian, Nam Hyun Woo menjaringkan gol ketiga Korea Selatan menerusi pukulan penalti.

India kembali berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang yang dihasilkan oleh Mandeep Singh pada minit ke-65.

Kegembiraan India tidak kekal lama apabila Moon Kweon menjaringkan gol kemenangan untuk Korea Selatan mempertahankan kejuaraan.

Last Updated on Monday, 02 September 2013 08:13

View the original article here

Kajian Terperinci : Perlaksanaan Kaedah Baharu Pemilihan Umno 2013

alt

HULU KLANG 2 Sept. - Satu kajian penilaian sedang dilakukan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan dengan lancar pada Pemilihan Umno pada tahun ini.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, kaedah baharu ini dilaksanakan setelah perlaksanaannya diluluskan menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini.

"Ini adalah kali pertama kaedah pemilihan yang dibuat menyeluruh di seluruh negara dalam kaedah pemilihan serentak diperingkat bahagian, peringkat majlis tertinggi dan seterusnya diperingkat sayap-sayap yang akan diadakan seminggu lebih awal.

"Ibu pejabat UMNO sedang menjalankan beberapa kajian untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi melancarkan perjalanan pemilihan." katanya pada majlis rumah terbukanya  di kediamannya di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

alt

Jelas Rauf, kaedah simulasi akan dibuat dalam masa terdekat setelah mendapat smua keputusan teknikalnya.

"Jadi kaedah ini akan dijalankan dalam kaedah simulasi dalam masa terdekat setelah diputuskan dalam semua sudut teknikalnya.

"Saya yakin kaedah yang baru ini akan melihat satu peningkatan yang terbaik dalam memilih pemimpin diperingkat akar umbi," katanya.

Beliau menjelaskan, pihak jawatankuasa akan bersidang pada Khamis ini kemudian akan memanggil semua wakil-wakil dari seluruh negara untuk menjalankan kaedah simulasi yang akan dibuat di Pusat Latihan UMNO Janda Baik.

Tambahnya, setelah semuanya selesai dan medapat segala keputusan ibu pejabat akan mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan kaedah baru ini.

Pemilihan Majlis Tertinggi bakal berlangsung pada 5 Oktober depan diikuti Perhimpunan Agung Umno pada 2 hingga 7 Disember 2013.

Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September ini di Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Last Updated on Monday, 02 September 2013 08:11

View the original article here