
KUALA LUMPUR 2 Sept - Bekalan air di tiga kawasan Selangor; Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor puliuh daripada pencemaran yang berlaku di sungai Selangor baru-baru ini.
Penolong Pengurus Besar Komunikasi korporat dan perhubungan Awam Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred berkata, hanya beberapa kawasan di petaling, Kuala Lumpur, Klang/ Shah Alam dan Gombak masih mengalami beberapa gangguan tekanan air rendah.
"Pemulihan yang dijalankan Syabas ekoran usaha memantau dan mengendalikan pemulihan bekalan air termasuk menjalinkan kerjasama bersama operator pelan rawatan air.
"Ini bagi memastikan pelan rawatan air beroperasi dengan kapasiti penuh," katanya menerusi kenyataan kepada media, semalam.
Kerja-kerja pemulihan yang dijalankan Syabas menghasilkan jumlah pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air menurun 13 peratus atatu 194,949 pengguna daripada 880,000 orang.
Menurut Priscilla, Syabas menghadapi kesukaran dalam membantu pengguna dengan menghantar bekalan air secara mobil melalui tanki air bergerak atau statik.
"Sehingga hari ini (semalam), sebanyak 316 penghantaran telah dibuat menggunakan tangki bergerak manakala 176 tanki statik telah ditemptakan dilokasi strategik di empat kawasan terjejas," katanya.
Walaubagaimanapun, tambah Priscilla, Syabas tidak mampu menampung jumlah permintaan di semua kawasan terjejas ekoran jumlah pengguna yang terlibat begitu besar.
"Bekalan air lebih tertumpu kepada premis seperti hospital, pusat perubatan, pusat dialisis, masjid dan majlis pengebumian (bagi memandikan jenazah)," ujarnya lagi.
Last Updated on Monday, 02 September 2013 13:01
No comments:
Post a Comment