\ABS\AUTO BLOG SAMURAI\data\Berita Di Hujung Jari Anda\News 1\3215647.jpg)
PUTRAJAYA 2 Sept - Skuad hoki kebangsaan kebangsaan perlu mencari jalan terbaik untuk mempertajamkan serangan balas terhadap pasukan lawan bagi menjaringkan gol pada perlawanan akan datang.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Jurulatih Hoki Kebangsaan, Paul Revington perlu mengatasi cara untuk menjaringkan gol daripada pukulan sudut penalti dan memantapkan lagi serangan terhadap pihak lawan.
"Kita mempunyai masalah untuk menjaringkan gol daripada pukulan sudut penalti dan serangan skuad hoki kebangsaan masih lagi tidak begitu tajam.
"Perkara ini dalam pemerhatian Paul Revington dan kita mesti meningkatkan lagi prestasi terutamanya bahagian serangan jika kita mahu berjaya di Piala Dunia," katanya ketika ditemuramah pemberita selepas merasmikan Women Sport And Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) Netball Champion 2013 di Bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Beliau turut bersetuju dengan ulasan yang telah dikeluarkan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa skuad hoki kebangsaan mempunyai masalah ketika mengadakan pukulan sudut penalti dan serangan yang masih lagi tumpul.
Disamping itu, beliau turut mempercayai, Jurulatih Skuad Hoki Kebangsaan Paul Revington telah sedar bahawa banyak lagi cara untuk menaikkan nama skuad hoki negara dimata dunia.
"Saya percaya Paul Revington pun mengakui bahawa ada banyak lagi cara yang kita perlu perbaiki daripada prestasi skuad hoki kebangsaan.
"Asas permainan skuad hoki kebangsaan sudah ada dan corak permainan yang diketengahkan oleh Paul Revington sesuai dengan pasukan kita tetapi untuk menjaringkan gol tidak berapa menjadi lagi," katanya.
Pada 31 Ogos lalu, Malaysia gagal menepati sasaran ke final buat julung kali setelah tewas 2-0 kepada India pada perlawanan separuh akhir Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.
Skuad hoki negara akan menentang Pakistan Ahad ini dalam perlawanan penentuan tempat ketiga manakala India akan bertemu juara bertahan Korea Selatan pada perlawanan final, hari yang sama.
Last Updated on Monday, 02 September 2013 17:22
No comments:
Post a Comment